Monday, April 15, 2013

dUnGuN MaRi........

Assalamualaikum....
maaf sangat sebab sudah lama tak jenguk kau wahai blog.. 

ok lah entry aku kali ni berkisarkan tentang kehidupan aku di Kampus Uitm Dungun. 2 December 2012,aku telah berdaftar di Uitm Dungun dalam kos Pengurusan Perhotelan...Perjalanan selama satu hari yang bermula dari selatan,memaksa aku untuk sediakan barang lebih awal.


 Dari Selatan,Aku telah dihantar ke utara, WalaupUn berat hati Ini untuk tingglkan keluarga,namun aku terpaksa lawan sebab aku kesana untuk belajar.. Selepas berdaftar dan mengambil kunci bilik, aku pun terus naik ke bilik dan yang kurang seronok nya bilik aku adalah antara bilik yang paling atas(bilik 302). Masuk je bilik uh katil semua dah penuh ekoran rumate aku semua datang awal dari aku.. Yang suspennye uh aku sendiri tak tahu siapa rumate aku semua. Lepas ambil katil dan loker dan barang-barang aku telah disusun oleh emak kesayangan aku.. hehe(manja-manja dengan mak sebab lepas ni susah nak bermanja-manja) dan aku satu family pergi bersiar-siar di Kuala Terengganu dan beli kelengkapan yang tidak cukup lagi... Jam 10 malam family aku hantar aku ke kolaj sebab diaorang mahu pulang ke JOHOR semula. Agak sedih waktu tu, siapa yang tak sedihkan tinggal berjauhan dengan family.. Usai bersalam dengan family, mereka terus gerak balik dan aku terus naik bilik dan bersihkan diri. 



3 December 2012 adalah hari pertama aku dan bermakna waktu kuliah juga sudah bermula. Pengalaman yang aku tidak boleh lupakan pada hari pertama ialah dimana Tuhan pertemukan aku dengan rakan-rakan aku yang owesome,(kepala gila-gila). Bertemu dengan Nona,Angah, Nad,Baq, Dayah dan Syah(best friend aku) buat kan aku tak rasa macam berada di tempat baru. Selain itu juga, pengalaman yang aku tak boleh lupa ialah aku dan yang lain-lain berjalan berulang kali dari kolej ke blok kuliah kerana kesalahan teknikal(pengumam yang tidak tepat) waktu tu masing-masing dah mandi dengan peluh.. hahahaha semestinya korang semua tahu berapa jarak perjalanan kita orang uh.. 
Selesai taklimat pagi uh, group aku berjumpa dengan PA(mummy @ emak) kami semua. Selepas berjumpa, salah seorang daripada kami semua terpaksa berpisah class. mahu tak mahu kia semua turuti kata PA kami uh.. Selepas pembahagian class tamat,keesokan nya bermulalah kuliah yang pertama bagi kami semua dan yang paling memeranjatkan ialah yang berada didalam class uh hanya lah 7 orang sahaja sedangkan class aku lebih kurang 30 orang.(mungkin cuti sendiri kot, haha).. 

No comments:

Post a Comment