Monday, April 15, 2013

Gelagat Classmate

Hari pertama aku bersama group aku @group MDAB masuk ke class. Semua mata tertumpu dekat kami semua. Mungkin dia orang ingat kami semua adalah rayuan second intake, but thats not true. haha
Seminggu dalam class uh macam pendatang asing. For information dalam class uh ada pelbagai puak. Tapi itu semua masa first2 or just happen in one week.. After introduce about own self, masing2 sudah saling mengenali.. pepetah ada mengatakan, kawan biar beribu. hahahaha.. Perkenalan aku yang pertama dalam class uh adalah dengan faiz a.k.a. class rep(ketua class kami).

Bila dah rapat,apa2pun yang dilakukan pasti akan jadi, betul tak??? Bermula dengan group assignment, semua dah mula rapat. Namun adat berkawan, bila kita rapat dengan orang lain, mesti akan ada orang yang tidak senang duduk.. erm,.. Perkenalan aku dengan Teha, Nabila, Dayah lg buatkan aku macam berada dekat dengan family.. haha.. Teha adalah seorang yang always happy and sometime moddy.. Teha berasal dari NOGORI SEMBILAN.. haha.(jgn marah ye teha).. Nabila(first2 ta bertegur,but last2 rapat dgn aku).Belaa ni org Melaka, Dekat la dengan Johor(jiran tetangga)..... Terkenal dengan melatah dia apabila sering kali diusik. (bukan org lain,aku sendr yang selalu kacau dia)haha....

Selain dr teha,dayah and Belaa,... Aku juga rapat dengan Suha(seorang yg caring), faa@aten(seorang pendengar setia masalah)haha,Nina(seorang yang faham kawan2) dan Fifa(seorang yg alim,sejuk mata memandang)

Dipendekkan cerita sebab mata aku pun dah mengatuk tahap panda,, haha.. diaorang semua ni mmg best and superb r.. Aku pon dh anggap dyorg mcm adq beradik and family aku sendr,,..

dUnGuN MaRi........

Assalamualaikum....
maaf sangat sebab sudah lama tak jenguk kau wahai blog.. 

ok lah entry aku kali ni berkisarkan tentang kehidupan aku di Kampus Uitm Dungun. 2 December 2012,aku telah berdaftar di Uitm Dungun dalam kos Pengurusan Perhotelan...Perjalanan selama satu hari yang bermula dari selatan,memaksa aku untuk sediakan barang lebih awal.


 Dari Selatan,Aku telah dihantar ke utara, WalaupUn berat hati Ini untuk tingglkan keluarga,namun aku terpaksa lawan sebab aku kesana untuk belajar.. Selepas berdaftar dan mengambil kunci bilik, aku pun terus naik ke bilik dan yang kurang seronok nya bilik aku adalah antara bilik yang paling atas(bilik 302). Masuk je bilik uh katil semua dah penuh ekoran rumate aku semua datang awal dari aku.. Yang suspennye uh aku sendiri tak tahu siapa rumate aku semua. Lepas ambil katil dan loker dan barang-barang aku telah disusun oleh emak kesayangan aku.. hehe(manja-manja dengan mak sebab lepas ni susah nak bermanja-manja) dan aku satu family pergi bersiar-siar di Kuala Terengganu dan beli kelengkapan yang tidak cukup lagi... Jam 10 malam family aku hantar aku ke kolaj sebab diaorang mahu pulang ke JOHOR semula. Agak sedih waktu tu, siapa yang tak sedihkan tinggal berjauhan dengan family.. Usai bersalam dengan family, mereka terus gerak balik dan aku terus naik bilik dan bersihkan diri. 



3 December 2012 adalah hari pertama aku dan bermakna waktu kuliah juga sudah bermula. Pengalaman yang aku tidak boleh lupakan pada hari pertama ialah dimana Tuhan pertemukan aku dengan rakan-rakan aku yang owesome,(kepala gila-gila). Bertemu dengan Nona,Angah, Nad,Baq, Dayah dan Syah(best friend aku) buat kan aku tak rasa macam berada di tempat baru. Selain itu juga, pengalaman yang aku tak boleh lupa ialah aku dan yang lain-lain berjalan berulang kali dari kolej ke blok kuliah kerana kesalahan teknikal(pengumam yang tidak tepat) waktu tu masing-masing dah mandi dengan peluh.. hahahaha semestinya korang semua tahu berapa jarak perjalanan kita orang uh.. 
Selesai taklimat pagi uh, group aku berjumpa dengan PA(mummy @ emak) kami semua. Selepas berjumpa, salah seorang daripada kami semua terpaksa berpisah class. mahu tak mahu kia semua turuti kata PA kami uh.. Selepas pembahagian class tamat,keesokan nya bermulalah kuliah yang pertama bagi kami semua dan yang paling memeranjatkan ialah yang berada didalam class uh hanya lah 7 orang sahaja sedangkan class aku lebih kurang 30 orang.(mungkin cuti sendiri kot, haha)..